9 April 2019 - 17:27
Pilihan Raya Israel Dijangka Sengit

Warga Israel di wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim Zionis pada hari ini mengundi dalam pilihan raya umum tahun 2019.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Warga Israel di wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim Zionis pada hari ini mengundi dalam pilihan raya umum tahun 2019.

Pilihan raya yang dijangka sengit itu terfokus kepada persaingan di antara Perdana Menteri Benjamin Netanyahu daripada parti Likud dan Benny Gantz dari persekutuan 'Blue and White.'

Media melaporkan bahawa pusat-pusat pembuangan undi dibuka pada pukul 7 pagi mengikut waktu tempatan (0400 GMT) dan akan ditutup pada pukul 10 malam. (1900 GMT).

Hampir 6,340,000 orang dilaporkan layak untk membuang undi dalam rangka memilih 120 anggota Parlimen ke-21 Israel yang dikenali sebagai Knesset.

Keputusan Muktamad dijangka diumumkan pada awal Rabu ini. -Press TV